ANUGERAH TOKOH NILAM ZON BULOH KASAP SEGAMAT 2018
Pada 7 FEBRUARI 2018, PKG Buloh Kasap Segamat dengan kerjasama PPD Segamat telah menganjurkan Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Zon untuk tahun 2018. Objektif Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang terlibat secara aktif dalam dunia pembacaan sebagai Tokoh NILAM selain menjadi wakil bagi Zon Buloh Kasap ke Anugerah Tokoh NILAM peringkat daerah Segamat 2018.
Sasaran pemilihan Tokoh NILAM ialah murid tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 5 sekolah menengah yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terutamanya dari segi jumlah bilangan buku yang dibaca, penglibatan dalam aktiviti bacaan, pencapaian akademik yang terbaik dan kebolehan pelajar mengaplikasikan bahan bacaan yang dibaca. Sebanyak empat kategori di pertandingan iaitu: 1. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia 2. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris 3. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia 4. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris |
|
Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori :
1. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia - NUR AIMA HAZIQAH BINTI AMINUSSALEH / SMK SERI KENANGAN
2. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris - DAMIA BAHAIRA BINTI ABDULLAH / SMK BULOH KASAP
3. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia - MEENA LOSHINI A/P RAVI / SJK(T) LADANG FORTROSE
4. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris - NURAQILAH BATRISYIA BINTI SABTU / SK LKTP PALONG TIMUR 01